Tuesday 29 May 2012

1 April 2011

Bunyi jam loceng mengganggu tidur aku. Nak tido lagi laaaaa. dengan pantas aku tekan off. Bising betul ! aku bangun.nak tengok waktu dekat skrin handphone dah pukul 6.05 pagi.tiba-tiba aku ternampak  tarikh hari ni.1 april.harijadi someone yang aku sayang.tiba-rasa sedih.dah lama aku tak jumpa dia.masa dia ada aku tak pernah ambik tau pasal dia.tapi bila dia tak ada barulah aku ingat pasal dia.sayang...aku takkan jumpa dia lagi....selepas dia tak ada,aku selalu menanti dia.dialah orang yang paling baik pernah aku kenal.dia selalu berharap agar disayangi orang lain.sanggup berkorban demi orang lain walaupun hidup dia tak bahagia.dia tak pernah kisah apa yang jadi dekat dia.asalkan orang di sekelilingnya bahagia.dia tak pernah lupa dengan ibu dan bapa dia .walaupun dia tak pernah rasa disayangi dan dijaga oleh ibu dan ayah sendiri. aku teringin sangat nak jumpa dia.biar hari ni menjadi sejarah yang paling bahagia.tapi aku rasa tak mungkin...aku takkan jumpa orang sebaik dia lagi.biarlah dia bahagia.....mungkin inilah balasannya .tak menghargai dengan baik orang di sekeliling kita.kaa orang...manusia yang baik akan pergi jika tak dihargai.taku takkan malupakan dia.aku akan terus berdoa suatu hari nanti aku dapat jumpa dia.dan mulai saat itu, aku akan sentiasa memerhatikan dia jika dia kembali di sisi aku.agar dia tidak akan hilang dari hidup aku semula.selepas dia tak ada,aku rasa macam kehilangan orang yang paling penting dalam hidup aku.tak ada lagi tempat aku untuk mengadu.tak satu pun yang dia tinggalkan untuk aku simpan sebagai kenangan.hanya gambaran mukanya yang boleh aku simpan sebagai kenangan.andai ingatan aku hilang.....hilanglah segala yang aku harapkan.aku cuma berharap untuk berjumpa dengan dia....... ;(

Tuesday 20 March 2012